Al-Quran Menerangkan Komunikasi Tanpa Wayar

Al-Quran Menerangkan Wireless Communication (ICT) Oleh: Khalid Yong, engenalan Kita selalu mendengar tentang Al-Quran dan Sains, tapi pernahkah anda dengar tentang Al-Quran dan ICT? ICT atau Information Technology memang dijelaskan dengan mendalam di dalam Al-Quran. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang teknologi ICT atau konsep ICT seperti dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11. Sebanyak 11 ayat diturunkan sekali gus dan berturut-turut yang menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Tentu anda keheranan !, Malah yang paling hebat yang akan menjadi breakthrought dan merubah sistem komunikasi dan pergerakkan manusia ialah apabila Al-Quran menjelaskan otak manusia (mungkin juga segala benda yang hidup) dan sel-sel badan berkomunikasi secara ghaib dengan menggunakan kuasa tenaga elektro-magnetik! Penemuan terbaru ini adalah amat penting dan seharusnya difahami dan diambil berat oleh semua umat Islam terutama alim-ulama, para pengamal perubatan, pakar saikologi, para pendidik, Saintis dan ICTis. Ianya penting sebab ini adalah hukum Allah dan mempunyai kesan yang amat besar.Sekarang mari kita melihat secara ringkas bagaimana Al-Quran menjelaskan komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan elektro-magnet ini.Al-Quran mengajar manusia bagaimana komunikasi tanpa wayar dengan memberi tahu manusia bahawa elektron boleh digerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga medan magnet (51:1). Tenaga ini boleh dimuatkan atau dikodkan untuk membawa data (51:2). Kemudian tenaga yang berisi data ini boleh luncurkan (dipancarkan) ke angkasa (51:3). Akhir sekali tenaga ini boleh dikumpulkan dan bahagi-bahagikan dengan menggunakan program (51:4).

Az-Zaariyat 51:1-4 Menejelaskan Komunikasi Tanpa Wayar
Marilah kita kaji dengan lebih terperinci. Di bawah ini adalah terjemahan di ambil dari kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb sebagai rujukan dan renungan.Penjelasan ayat 51:1Untuk peringkat permulaan ini saya akan menggunakan perkataan gelombang mikro dan kuasa atau tenaga elektro magnet secara bebas (quite loosely). Tidak dinafikan memang ada perbezaan di antara keduanya. Kita akan menyentuh perbezaan dan persamaannya nanti.Hari ini kita akan mengkaji ayat 1 yang bermakna Demi Az-Zaariyat yang terbang selaju-lajunya. Ayat ini bermula dengan ˜Wa™ apa yang dinamakan ˜wau sumpah™ yang bermakna ˜Demi™. Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu benda, ini bermakna benda itu (yaitu ˜Az-Zaariyat™) adalah satu ciptaanNya yang penting dan hebat, dan sangat berguna kepada manusia, dan amat merbahaya sekiranya disalah-guna.
Gambarajah 51: 1 menunjukkan tenaga foton atau gelombang-mikro yang dijana.Perkataan Az-Zaariyat berasal dari perkataan ˜Zara™ yang bermakna tabur atau terbang. Dari segi nahu ˜Az-Zaariyat™ adalah pembuat/pelaku (ismul faa™il) yang membawa makna Penerbang atau Penabur.Sementara Perkataan ˜Zarwa™ juga berasal dari perkataan yang sama iaitu ˜Zara™ tetapi dari segi nahu dipanggil ˜infinitif™ atau ˜masdar™ yang bermakna ˜Penerbangan™ atau ˜Penaburan™ tetapi apabila di ˜mansubkan™ ayat ˜Az-Zaariyati Zarwa™ ianya dipanggil (dari segi nahu) ˜al-maf-ul al-mutlaq™ atau absolute/cognate accusative yang membawa makna keadaan semula-jadi atau ˜nature™ yang menaburkan dengan sebanyak-banyaknya dan terbang selaju-lajunya.Maka ayat 51:1 membawa makna Demi Penerbang/Penabur yang Menabur sebanyak-banyak taburan yang terbang selaju-lajunya.

sumber : http://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/blog/al-quran-menerangkan-komunikasi-tanpa-wayar.html

0 comments :

Posting Komentar

safruddin amin. Diberdayakan oleh Blogger.