Al-Quran Menerangkan Wireless
Communication (ICT) Oleh: Khalid Yong, engenalan Kita selalu mendengar
tentang Al-Quran dan Sains, tapi
pernahkah anda dengar tentang Al-Quran dan ICT? ICT atau Information Technology memang dijelaskan dengan mendalam di
dalam Al-Quran. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang
teknologi ICT atau konsep ICT seperti dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11. Sebanyak
11 ayat diturunkan sekali gus dan berturut-turut yang menjelaskan tentang
komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Tentu anda keheranan !, Malah
yang paling hebat yang akan menjadi breakthrought dan merubah sistem komunikasi dan pergerakkan manusia ialah apabila
Al-Quran menjelaskan otak manusia (mungkin juga segala
benda yang hidup) dan sel-sel badan berkomunikasi secara ghaib dengan menggunakan kuasa tenaga
elektro-magnetik! Penemuan terbaru ini adalah amat penting dan seharusnya
difahami dan diambil berat oleh semua umat Islam terutama
alim-ulama, para pengamal perubatan, pakar saikologi, para pendidik, Saintis
dan ICTis. Ianya penting sebab ini adalah hukum Allah dan mempunyai kesan yang
amat besar.Sekarang mari kita melihat secara ringkas bagaimana Al-Quran
menjelaskan komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan elektro-magnet
ini.Al-Quran mengajar manusia bagaimana komunikasi tanpa wayar dengan memberi
tahu manusia bahawa elektron boleh digerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik
dan juga medan magnet (51:1). Tenaga ini boleh dimuatkan atau dikodkan untuk
membawa data (51:2). Kemudian tenaga yang berisi data ini boleh luncurkan
(dipancarkan) ke angkasa (51:3). Akhir sekali tenaga ini boleh dikumpulkan dan
bahagi-bahagikan dengan menggunakan program (51:4).